Apa Paling Penting dalam Bisnes?

Persoalan mengenai apakah paling penting dalam bisnes
Majoriti akan jawab duit, betul?

Ok, dalam bisnes duit datang dari mana?

Sudah tentu dari? Jualan.

Tanpa jualan bisnes kita tidak wujud.

Sekarang, jualan itu datang dari mana pula?

Sudah tentu dari pelanggan bukan?

Sekarang...berapa banyak masa kita habiskan untuk dapatkan pelanggan?

Soalan = Jawapan

Majoriti pelanggan datang dari mana?

Dan berapa banyak kita habiskan masa di situ?

Lagi Banyak Kita Habiskan untuk Dapatkan Pelanggan Maka?

Lagi banyak pelanggan yang kita peroleh.

Persoalannya, kenapa kita asyik menjual tetapi masih lagi tak dapat pelanggan?

Masih lagi susah nak tukar orang yang tak dikenali kepada pelanggan.

Sebabnya...

Ibarat mengajak kahwin pada orang yang baru kenal sehari dua.

Sudah tentulah majoriti akan tolak.

Cuma yang dah kenal lama akan terima.

Nampak?

Kuncinya di situ: KENAL.

Kita akan kenal seseorang itu apabila kita banyak habiskan masa bersama si dia (pelanggan).

Sekarang, berapa banyak kita habiskan masa untuk kenal pelanggan?

Memahami keperluan, kehendak, ketakukan dan kerisauan yang dialami oleh pelanggan?

Pernakah kita faham situasi pelanggan dan bertanya khabar mereka?

Kenal-pasti dahulu apa nilai yang pelanggan cari dan faham apakah risiko yang mereka risaukan.

Dalam bisnes panggil market research.

Selepas itu barulah proses menjual yakni mendapatkan pelanggan menjadi mudah.

Daripada Penulis

Kenal sahaja tidak mencukupi untuk membuat jualan.
Formulanya: Kenal + Suka + Percaya = Beli.

Selagi seseorang itu tidak melepasi ketiga pintu ini maka peluang untuk bertukar menjadi seorang pelanggan sangat tipis.

Memang boleh tapi hanya untuk pelanggan jenis kelaparan.

Suka itu datang daripada menulis perkara yang bakal pelanggan suka baca.

Percaya itu datang daripada konsisten memberi.

Konsisten berkongsi. Dan konsisten berada di sisi mereka.

Sesampai satu tahap mereka tak boleh hidup tanpa bisnes kita.
STARTUPLOGY: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Risiko

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah berkaitan hal ini, Anda boleh menghubungi kami di sini.
Related Posts
Disqus Comments