Tak Semua Pelanggan Adalah Sama (Bahagian 1)

Suatu hari Tuan Guru Inche Hujan tanya saya:

+ Client minat : 3%-5%-10%
+ client 50/50 : 80%
+ Client tak minat : 3%-5%-10% 
Tapi.. Saya tak nampak lagi macam mana nak tackle client 80% - 97% tu?

Tak Semua Pelanggan Adalah Sama - Bahagian 1

Mula-mula kita kena faham konsep dahulu, oleh kerana semua pelanggan tak sama.

Dan bagaimana kita nak kenal-pasti dimanakah kategori pelanggan?

Mudah sahaja.

Client Minat: 3%-5%-10%

Client yang minat ialah klien yang sudah kenal, suka dan percaya dengan kita.

Mereka sudah follow kita lama.

Dan kemungkinan juga pernah beli produk/servis yang kita tawarkan. Past buyers.

Jadi, bila setiap kali launch produk/servis baru. Mereka akan terus beli tanpa banyak soal.

Mereka adalah segmen pelanggan yang paling bernilai tetapi tidak ramai.

Client Minat 50/50: 80%

Segmen pelanggan yang paling besar.

Mereka sudah kenal, suka dan kemungkinan juga sudah percaya dengan kita tetapi masih lagi tidak beli.

Bukan sebab mereka tak mampu atau minat.

Cuma, bukan sekarang. Mereka rasa/fikir, tak perlukan apa yang kita tawarkan lagi.

Jadi apa perlu kita buat?

Mudah sahaja: Konsisten follow-up.

Bukan hari-hari follow-up menjual. Mereka akan menyampah.

Follow-up untuk mengingatkan mereka. Itu sahaja.

Dan di akhir follow-up, jangan lupa ada CTA(Call-To-Action) suruh prospek membeli atau link/URL sales page kita.

Kalau tak tanya, macam mana mereka nak membeli right?

Client Tak Minat: 3%-5%-10%

Mereka langsung tak kenal, suka atau percaya kita. Tapi tahu/sedar ada masalah. Cuma tak tahu siapa ada penyelesaiannya.

Jadi, bagaimana kita nak approach segmen ini?

Mulakan dengan masalah.

Contoh:
"Siapa di sini ada masalah jerawat? Dan mahu kembali berseri dalam 3 minggu?"

Atau, kita boleh buat content marketing bermula denganya:

"Masalah Jerawat? 3 Petua untuk Hilangkan Jerawat."

Kesimpulannya

Masih lagi keliru?

Fikir macam ini: Menjual ibarat berkahwin.

Kahwin ialah end-result yang kita mahukan dalam perhubungan.

Jualan ialah end-resut yang kita mahukan dalam bisnes.

Ia ada proses sebelum kita sampai end-result kahwin.

Prosesnya:

Kenal > Kawan > Kawan Baik > Tunang > Kahwin.

Dalam bisnes prosesnya:

Kenal > Suka > Percaya > Cuba > Beli.

Tapi, majoriti dalam bisnes. Baru kenal sehari dua terus ajak kahwin. Memanglah orang tak beli.

Kalau tiba-tiba orang yang tak dikenali approach kita begitu, pun cakap benda yang sama bukan?

Dan ia berbalik juga pada harga.

Lagi besar harganya, lagi panjang proses dan masa diperlukan.

Contoh: Beli rumah.

Macam-macam nak kena fikir. Macam-macam nak kena ambil kira. Sebab komitmennya besar.

Kalau harganya kecil? Contoh burger. Kita tengok tepi jalan terus beli.

Tak perlu nak follow-up berkali-kali.

Sebab komitmennya kecil.

Nampak?
STARTUPLOGY: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Risiko

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah berkaitan hal ini, Anda boleh menghubungi kami di sini.
Related Posts
Disqus Comments