Tak Semua Pelanggan Adalah Sama (Bahagian 2)

Pada artikel sebelum ini kita dah tahu, tak semua pelanggan adalah sama (bahagian 1).

Pelanggan yang minat 3%-5%-10% sememangnya akan beli sekarang juga.

Maksudnya daripada 100 prospek yang kita jumpa / baca surat jualan (tawaran) mesti dalam 1~10 orang akan membeli sekarang juga.

Tak Semua Pelanggan Adalah Sama (Bahagian 2)


Tapi untuk yang selebihnya lagi yakni 80% -97% mereka memang nak beli tetapi bukan sekarang.

Jadi, apa kita nak buat untuk golongan ini?

Jawapannya:

Follow-Up

"Saya dah agak dah."

Ye saya tahu.

Tapi-tapi-tapi.

Pernah ke kita follow-up secara sistematik serta konsisten dengan menggunakan pelbagai medium, pelbagai cara lagi pelbagai format?

Sebab, mereka memang nak beli, cuma bukan sekarang. Nanti dulu. Manusia suka bertangguh. Itu normal.

Dan sememangnya jadi tanggungjawab kita untuk follow-up berkali-kali untuk mengingatkan mereka.

Bila dah sampai masa yang sesuai mereka akan beli.

Ketahui Apa yang Kita Tahu Sekarang Apa Kita Akan Buat?

Pertama, kita dah tahu majoriti tidak akan membeli pada pertama kalinya disebabkan sikap semula jadi manusia suka bertangguh.

Kedua, kita dah tahu untuk membuatkan mereka membeli ialah dengan follow-up secara sistematik serta konsisten dengan menggunakan pelbagai medium, pelbagai cara lagi pelbagai format.

Ketiga, bila kita dah tahu majoriti tidak akan membeli dan kena follow-up barulah membeli maksudnya? Wajib dapatkan maklumat prospek terlebih dahulu seperti nama, nombor telefon, emel atau lain. Kalau kita tak ada maklumat prospek, macam mana kita nak follow-up right?

Bila kita dah dapat maklumat prospek, apa nak buat?

Cara Follow-Up Secara Sistematik Serta Konsisten

Guna:
  • Autoresponder sekiranya dapat emel prospek.
  • Broadcast guna WhatsApp sekiranya dapat nombor telefon prospek.

Pelbagai Medium

Jangan fokus kepada Facebook dan WhatsApp sahaja.

Fokus juga medium offline yang jarang orang buat seperti:
  • SMS
  • Flyers
  • Surat
  • Postcard

Kalau online boleh guna medium seperti:
  • Retargeting untuk Facebook.
  • Remarketing untuk AdWords.

Pelbagai Cara

  • Testimoni / Case study / Sebelum dan selepas.
  • Doa pagi, petang, malam atau sebelum tidur.
  • Tips yang releven.
  • Kesilapan yang perlu dielakkan.
  • Q&A (Question & answer).
  • Kisah inspirasi.
  • Promosi hari istimewa ~ Raya, merdeka, hari ibu, hari guru, hari bapa dan lain-lain.

Pelbagai Format

  • Teks / Buku / Ebook
  • Audio / CD
  • Video / DVD
  • Gambar / Infografik

Tujuan kita follow-up hanya satu: Tukar propek menjadi pembeli dan seterusnya pembeli berkali-kali.
STARTUPLOGY: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Risiko

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah berkaitan hal ini, Anda boleh menghubungi kami di sini.
Related Posts
Disqus Comments